Last peyyyyypperr last peyyyyperr..(sila ikut tone JOZAN ye) hihi,gambar penulis masa last exam. -highlight kuning tu tak nampak,BERAKHIRNYA-
Assalamualaikum..
Alhamdulillah,iera dah tamat belajar! hehe,Diploma je dulu,nanti inshaAllah sambung degree. Sekarang ni tengah kerja dengan akak,haha saja2 kerja sebelum sambung belajar nanti,layan je la. =) Okey,iera nak cerita sepanjang 2 tahun lebih iera belajar kat kolej dalam bidang pelancongan ni banyak yang iera dapat belajar. Course ni bukan setakat pergi jalan2 je tau,ada je belajar pasal undang-undang,(okey,akta-akta yang banyak kena hafal,kes2,berbelit belit otak nak ingat kes2 orang ni vs orang tu ) pengajian Malaysia (sejarah) akaun (grr ,nombor.. ) dan banyak lagi lah. Tapi subjek yang iera suka ialah subjek mengenai pelancongan,antara subjek2 yang iera amik dulu masa belajar ialah......
-Tourism Marketing
-Convention Tourism
-Understanding Culture in Tourism
-dan banyak lagi (sebenarnya tak ingat dah subjek ape lagi,hihi )
Tapi tapi tapi iera paling suka subjek Tourist Behavior, sebab boleh tahu macam macam karenah,perangai dan sifat tourist yang pergi melancong ni. Banyak sangat ilmu yang diserap bila belajar subjek2 pelancongan ni,hihi.. lagi satu mungkin sebab batch iera berdua je dengan si Nicholas tu,so memang fokus betul2 kat lecturer bila dia mengajar. Tiba tiba rasa kiteorang ni macam student yang diajar oleh private tutor, fuyyoooo... =p
Course ni antara course yang banyak gunakan duit,kadang-kadang ( tapi selalunya la, =') ) memang tak cukup duit PTPTN nak tampung perbelanjaan kiteorang kat kolej,terpaksa mintak parents yang selebihnya tu,biasala student kena ikat perut,makanan harian kalau tak maggi,roti atau mee sua yang singgit tu,masak dengan perencah sayur letak tahu seketul 2 dan makan,kenyang perut. ^_^ nasi pun bajet2 je nak beli. Semuanya karana nak jimat,hehehe.. tapi takpe,sebab dah biasa survive hidup,so ape de hal? MashaAllah ayat kemain lagi,budak budak sekarang memang,ish ish ish. =p
Ramai orang ingat Tourism ni senang,tak senang mana pun sebenarnya,kiteorang kat kolej sini yang amik tourism ni kena bersaing dengan budak budak U atau Kolej lain . Senior kiteorang yang lepas ada jugak yang cakap,'syarikat kat luar tu selalunya dia nak budak2 lepasan U,lepas tu Poli ke dan sewaktu dengannya,kita yang kolej biasa ni last sekali baru diorang amik kerja.' Alahai,sedih nya dengar,tapi kita merancang Allah yang menentukan kan? Rezeki ada kat mana2,inshaAllah ada je kerja untuk kiteorang nanti,yang penting usaha dan selebihnya kita tawakal je. Yeah! Fighting! ^_^
Iera teringin sangat nak pusing satu Malaysia ni, lepas tu jejak kaki negara orang. Iera sebenarnya dari dulu lagi,tak silap masa darjah 5 ke 6 macam tu memang teringin sangat nak pergi Jepun atau Korea. Hehe,tak tahu kenapa. Bila umur dah makin meningkat dari tahun ke tahun ni iera dah mula pasang angan angan nak jejak kaki kat negara luar. Kenapa pilih Jepun/Korea sebagai salah satu destinasi yang harus ? (wajib kot) hihi,sebab iera suka dengan budaya diorang. Kesopanan diorang tak boleh dipertikaikan lagi,bayangkan masa gempa bumi ke atau bencana alam lain yang menimpa diorang,diorang tak panik pun,masih lagi beratur,tertib sangat ,siap tolong orang lain lagi. Memang tabik spring la ! Wah,kemain lagi teruja tu. =) Dan banyak lagi sebab lain yang membuatkan iera teruja nak pergi sana. Tapi sabar dulu,kewangan masih tak mencukupi,kekangan masa dan keadaan diri masih belum sempurna lagi. =') Doakan impian iera tercapai ye. Amin Amin Amin. ^_^
Nak tunjuk sikit gambar rakan rakan seperjuangan dari sem 1 sampai la tinggal 2 orang je. =') Miss korang la. Maaf,tak semua yang ada. isk isk...
Dalam kereta sewa,gigih pergi penang buat assignment ,tapi berbaloi baloi. ^_^
Masa ni sorang demi sorang dah tinggalkan kolej. ='( rinduuuu.
Oh ya, lelaki tu lecturer kami,Sir Nazir. =)
Makin lama makin kurang orang.. ='(
Last but not least,tinggal kami berdua je,kenalkan ini Nicholas. =)
Nicholas Anak Geri (mesti Nick terharu kan baca ni,haha ) atau nama panggilannya Nick,kawan rapat iera dari sem 3 kiteorang belajar. Walaupun dia berbangsa Cina,tapi itu bukan salah satu penghalang untuk iera kawan dengan dia,mungkin senang sebab iera boleh berbahasa cina,dan kiteorang sangat sempoi dan rapat. Kalau buat group assignment pun kalau boleh dengan dia sebab mungkin dah satu kepala,dah senang kerjasama dengan dia,tak timbul ape2 masalah pun. =) Walaupun dia Cina,dia tetap hormat iera sebagai Muslim,kadang2 dia banyak tanya pasal Islam sampaikan iera sendiri tak terjawab. Last last dia kekadang yang bagi ceramah kat iera,haha.. thanks Nick ! =p Kalau nak balas budi memang tak terbalas la kan? Cuma satu je iera mintak,jangan lost contact tau! Nak kahwin nanti jemput iera okey,vvip tau! hehe.
Perjalanan iera masih jauh lagi,masih banyak lagi ilmu dan pengetahuan yang perlu iera teroka. InshaAllah semoga perjalanan iera sebagai seorang hambaNya,sebagai seorang anak,dan seorang pelajar diberkatiNya. Amin.. ^_^
^_________^

















