" If You Don't Understand My Silent , Now Will You Understand My Words ? "

Sunday, 12 February 2012

Teknologi

Assalamualaikum..


Apakah maksud teknologi ? 


: Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. -thanks cik Wiki -

Buka je blog,facebook etc ada je video pasal *adam bukan nama sebenarlah,pasal *kfc sedap la,pasal *parody la. Itu semua dari youtube,sebelum youtube mestilah diorang rakam pakai handset takpun videocam kan? Kekadang benda-benda yang diorang post tu mengarut je,saja nak memperbesarkan sesuatu isu tersebut. Terfikir dalam hati,berbaloi ke diorang buat macam tu? Untuk apa diorang buat macam tu,kalau macam parody lagu ke apa ke,itu okey lagi ,yang video adam dot dot tu,aish.. apa faedahnya? Diorang ada fikir dulu tak sebelum nak buat video macam tu,apa side effect dia,apa akan jadi lepas ni kalau video ni disebarkan? Bukan nak anti ke apa,tapi kekadang rasa annoying sangat bila benda macam ni berlaku. 

Sensitiviti sekeliling,contohnya keluarga diorang ,kawan ,saudara dan orang yang ada disekeliling mereka? Patut dan perlu ke? Teknologi sekarang makin canggih,semua dihujung jari je,agak-agak tak puas hati luah kat status twitter la,facebook la,kalau nak gaduh mula rakam dan sebar kat Youtube .  MasyaAllah.. 

Iera kawan je dengan semua orang,tak kira bangsa agama semua,malah housemate iera ada je yang Kristian,dia hormatkan iera bila iera puasa atau solat,malah tahu serba sedikit tentang Islam. Mungkin asas pada diri kita tak cukup lagi,itu yang kita cepat terpengaruh dengan benda macam ni. Kekadang rasa nak balik zaman dulu-dulu,sebelum internet berleluasa macam sekarang,tulis surat,main pondok-pondok,masak-masak semua tu. Budak sekarang rasanya tak tak dapat nikmati permainan teng teng,galah panjang etc,dan mungkin suatu hari nanti ada yang tanya " main batu seremban tu macam mana? " masa tu kita senyum je la.  =)






Saturday, 11 February 2012

Student's Life





Assalamualaikum.. 


Siapa pelajar kat sini ? Hee,amboi cik kak cik abang yang dah habis belajar tu takmo angkat tangan ye? Sebenarnya kan kita semua adalah pelajar sampai akhir hayat kita. Kenapa? Sebab tiap-tiap hari kita belajar perkara yang baru misalnya suratkhabar. Hari-hari kita dapat tahu berita terkini tentang isu semasa dan sebagainya. Contoh lain,sebagai pelajar atau pekerja sekalipun,kita sentiasa belajar benda yang baru setiap prmulaan hari. Belajar daripada kesilapan atau kesalahan juga salah satu pembelajaran untuk kita kan? =)


Jadi,dengan ilmu yang kita belajar setiap hari,kita sentiasa update atau tahu tentang prkembangan sesuatu,lagi lah dengan zaman teknologi yang serba canggih ini. Click atau Google sahaja dah dapat meningkatkan pengetahuan kita semua. 


Bila sebut pelajar ni,tiba-tiba terkenang waktu belajar di sekolah rendah dulu,kadang-kadang rasa nak putar balik zaman itu,seronok sangat jadi kanak-kanak. =')  Masa kanak-kanak pula mesti rasa nak membesar dengan cepat,itu lumrah semulajadi. 












Kan?  " Masa sentiasa berlalu dengan pantasnya.Ianya selalu tepat,hanya kita yang leka dengan kehidupan kita hingga tidak sedar kehidupan kita telah bergerak sikit demi sedikit " 












Sentiasa bergerak kehadapan wahai rakan-rakan ku sekalian !  Anda pasti boleh,fighting !  =)