" If You Don't Understand My Silent , Now Will You Understand My Words ? "

Saturday, 11 February 2012

Student's Life





Assalamualaikum.. 


Siapa pelajar kat sini ? Hee,amboi cik kak cik abang yang dah habis belajar tu takmo angkat tangan ye? Sebenarnya kan kita semua adalah pelajar sampai akhir hayat kita. Kenapa? Sebab tiap-tiap hari kita belajar perkara yang baru misalnya suratkhabar. Hari-hari kita dapat tahu berita terkini tentang isu semasa dan sebagainya. Contoh lain,sebagai pelajar atau pekerja sekalipun,kita sentiasa belajar benda yang baru setiap prmulaan hari. Belajar daripada kesilapan atau kesalahan juga salah satu pembelajaran untuk kita kan? =)


Jadi,dengan ilmu yang kita belajar setiap hari,kita sentiasa update atau tahu tentang prkembangan sesuatu,lagi lah dengan zaman teknologi yang serba canggih ini. Click atau Google sahaja dah dapat meningkatkan pengetahuan kita semua. 


Bila sebut pelajar ni,tiba-tiba terkenang waktu belajar di sekolah rendah dulu,kadang-kadang rasa nak putar balik zaman itu,seronok sangat jadi kanak-kanak. =')  Masa kanak-kanak pula mesti rasa nak membesar dengan cepat,itu lumrah semulajadi. 












Kan?  " Masa sentiasa berlalu dengan pantasnya.Ianya selalu tepat,hanya kita yang leka dengan kehidupan kita hingga tidak sedar kehidupan kita telah bergerak sikit demi sedikit " 












Sentiasa bergerak kehadapan wahai rakan-rakan ku sekalian !  Anda pasti boleh,fighting !  =) 


No comments:

Post a Comment