" If You Don't Understand My Silent , Now Will You Understand My Words ? "

Wednesday, 26 December 2012

Practicum Story

Assalamualaikum..

(30.07.2012 - 30.11.2012)

4 bulan yang lepas iera praktikal kat salah sebuah hotel dekat Melaka ni,habis je semester akhir haritu terus siapkan diri untuk menjalani latihan praktikum. Sepatutnya iera start 23 hb,tapi disebabkan last minit tukar tempat praktikal terus lambat seminggu. Hihi,agak besar jugak dugaan last minit tu,sampai nangis2 fikir nasib iera kalau tak sempat cari tempat praktikal,mula lah fikir bukan2 sebab nak kejar tarikh akhir . Tapi alhamdulillah, petang 27.07.2012 akhirnya diterima praktikal oleh bos hotel tu. Syukur sangat2. ^_^

*' Hotel kalau boleh korang amik last choice,sebab korang ambil cos Tourism,cari travel agensi dan sewaktu dengannya dulu,ini pendapat saya la,tapi kalau boleh biarlah hotel jadi pilihan terakhir korang.' Ingat lagi lecturer iera bagi pandangan masa dah nak last belajar masa tu,tapi masa tu iera terpaksa  buat keputusan yang terakhir tu miss =')

Disebabkan hotel yang iera pratikal ni dikategorikan hotel bajet,kat sini cuma ada reception,housekeeping dengan security je. Mula2 memang kena buat housekeeping je,penat? Hehe,jangan tanya la,walaupun hotel bajet,tapi sangat cantik dan lain dari hotel bajet lain tau. Tema hotel ni hijau,ada laman,pokok bunga bagai. Sepatutnya boleh je dianggap 1 bintang,hihi. Hai bos! Harap bos bace blog saya ( jangan mimpi please!,hihi)





Taaarraaaaaaaa ! Cantik tak laman dia? Hari2 tau kiteorang sapu mop bagai,mana tak cantik,hahaha.. sorry bos! 

Yes ! Nama hotel ni Hotel Johan,iera panggil bos uncle je sebab dia sangat peramah,dalam masa yang sama dia tegas,hihi (sama je dengan ayah iera). Isteri dia jepun mualaf,tapi boleh je cakap melayu. Uncle pun ada Guest House (Traveller's Lodge) selain hotel ni,sebelah bangunan je. So,kalau tak iera hari2 kat hotel,kadang2 kena pergi guest house jugak buat housekeeping. Iera lagi suka pergi sana sebab kat guest house tu ramai sangat tourist datang stay situ,sebab murah sikit berbanding hotel. Selalunya yang stay kat guest house orang putih (US,UK,Australia dan sewaktu dengannya) orang Cina,orang Jepun,dan Korea pun ada jugak! Tapi majoriti yang datang orang Indon sebab diorang berubat dekat MMC atau nama penuh Mahkota Medical Centre. 

Memandangkan iera boleh la cakap sikit2 omputih,cina dan jepun,diorang seronok bila iera dah start beramah mesra dengan diorang,hihi.. Yang bestnya iera siap bawak beberapa tourist dari Jepun jejalan kat Jonker Walk,Dataran Pahlawan,Mahkota Parade dan kawasan sekitar situ (berangan jap nak jadi tourist guide,ahakz! ) =p Seronok sebenarnya buat benda yang diluar bidang iera amik masa kat kolej dulu,sebab iera amik Tourism ,tiba2 masuk bidang Hotel pulak. Masa mula2 agak berat hati nak kerja situ,lama2 dah jadi biasa dan rasa seronok bila dikelilingi staff2 yang sama kepala,supervisor dengan manager pun sama naik je. Hehe,hai kak Dahlia ,hai abang Malek. ^_^ 




Ni guest house yang iera citer tu,hijau sungguh, haip! dont't judge the guesthouse by its looks. hehe. Sila lah datang ( sempat promote,bos sila bagi tips please.....lalala )


Sepanjang iera praktikal kat sini,macam macam dugaan yang Allah uji,haha..mungkin baru pertama kali kerja kat hotel,bila kena buat itu ini,rasa letih tu memang dah biasa sangat la tapi semua tu cepat2 iera anggap sebagai cabaran bagi iera bila iera kerja nanti,ni pun baru sikit. Orang kata baru percubaan,nanti dah masuk alam pekerjaan yang betul lagi lah mencabar. Sila positif kan diri anda walau dimana anda berada,nescaya anda akan kelihatan awet muda,err ape kena mengena? sila abaikan pesanan penaja ni,hihi =p 

Kekadang bila iera duduk kat reception jumpa lah macam2 ragam guest yang marah la,yang complain sana sini,yang baik hati,yang kelakar dan macam2 lagi lah,sampai ada satu guest ni ( orang Cina Indon) perempuan dengan baby dia nak tanya arah nak pergi jalan,baby dia panjat kaunter terus datang kat iera. Iera yang suka sangat kat budak-budak, lagi2  baby terus amik dia pangku. Diam je baby tu,alolo kemain gatal baby boy tu ,haha. Sampai mak dia panggil masuk bilik dia tak nak,hehe. Esoknya baby tu datang lagi kat kaunter,kemain lagi terus ke arah iera mintak pangku,hihi..terus iera pangku lagi,mak dia siap amik gambar iera dengan baby tu,hihi buat kenangan katanya. ^_^  

Okey la,sampai sini je coretan iera sepanjang iera praktikal kat Hotel Johan ni,sebenarnya banyak lagi nak diceritakan,tapi takut jadi novel pulak,hehe. Selebihnya biarla iera simpan dalam memori,cewahhhh kemain ayat nak berbunga2. =p  Ayuh cuci mata kejap dengan gambar2 staff sana. Maaf,gambar penulis tak ade,tak berkesempatan nak amik gambar,maklumlah kita pakai handset 3310 je. =) 



Masa raya haritu. Bergambar dalam kepanasan,hihi






Uncle Johan 




p/s: Sorry abang Malek sebab tolak offer kerja,mahu sambung belajar la,ape2 pun thanks sebab bagi markah best ! hihi.. =p


No comments:

Post a Comment